SEJARAH
Sejarah
Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar (SMKATDM) telah
dimulakan operasinya pada 6 Januari 2003 dengan menggunakan tapak SMKA
Limauan Kota Kinabalu. Tapak dan bangunan asalnya adalah Kampus
Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah sejak tahun 1973 yang di
bawah pengawasan Yayasan Sabah. Kemudian pihak Yayasan Sabah membuat
penyerahan rasmi pada tahun 1997 kepada Jabatan Pendidikan Sabah melalui
Datuk Dr. Hasbullah Mohd. Taha Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu.
Maka rasmilah tapak dan bangunan asal ini di bawah kawalan dan penjagaan
Jabatan Pendidikan Sabah.
Pada Disember 2002 SMKA Limauan berpindah ke bangunan baru di Kimanis. SMKA Tun Datu Mustapha mengambil alih bangunan ini bermula pada 6 Januari 2003. Pada 7 Januari 2003 sekolah ini menerima pendaftaran pelajar seramai 120 orang dengan membuka 4 kelas tingkatan satu dan 1 kelas tingkatan dua. Pada 12 Januari 2003 Majlis Penyerahan Kunci dan Inventori SMKA Tun Datu Mustapha diadakan dengan rasminya dengan disaksikan oleh Pemangku Ketua Sektor SPPIM Ustaz Mohd. Kassim Tusin.
Sejak sekolah ini dibuka sehingga sekarang, SMKA TDM diterajui oleh Ustazah Fatmawati Mohd. Sahari sebagai Pemangku Pengetua yang juga Penolong Kanan 1, dibantu oleh Ustaz Ismail Haji Anam sebagai Penolong Kanan HEM dan Puan Raimah Samari sebagai Penyelia Kanan KOKUM bersama 17 orang guru dan 6 orang staf sokongan . Bermula 16 September 2003, Ustaz Haidon Hadi Sapiri memulakan tugas sebagai Pengetua Pertama SMKA Tun Datu Mustapha di bantu oleh Ustazah Fatmawati Mohd. Sahari sebagai Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) , Ustaz Ismail Haji Anam sebagai penolong Kanan HEM dan Ustaz Melih Bin Bedin sebagai Penolong Kanan KOKUM bersama 36 orang guru dan 10 orang KTBM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan